RINGKASAN SEJARAH MALAYSIA
Sejarah Malaysia dikatakan bermula pada  zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar tahun 1400 Masihi. Pada  masa kegemilangannya, wilayah kesultanan ini meliputi sebahagian besar  Semenanjung dan Pantai Timur Sumatera. Melaka muncul sebagai sebuah  kerajaan yang gemilang kerana kedudukannya yang strategik iaitu titik  pertemuan antara Asia Timur dengan Asia Barat. Keadaan ini membolehkan  Melaka muncul sebagai pusat perdagangan utama khususnya bagi perdagangan  rempah di Asia Tenggara. Islam pula muncul sebagai agama utama yang  tersebar dan menjadi anutan utama penduduk Melaka kerana rajanya sendiri  telah memeluk agama tersebut.
Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan  Portugis dan bermula daripada tahun inilah Tanah Melayu berada dalam era  penjajahan. Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda pada  tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824  melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan  penjajahan paling lama. British telah mencampuri semua urusan  pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja  Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar negeri. Campur tangan British  ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk  tempatan.
Beberapa individu bangkit menentang  penjajah namun oleh kerana usaha mereka lebih kepada bersifat  perseorangan maka penentangan tersebut dengan mudah dipatahkan oleh  British. Antara tokohyang bangun menentang penjajah ialah Dol Said, Tok  Janggut, Datuk Bahaman, Rentap, Datuk Maharajalela, Rosli Dobi dan  beberapa tokoh yang lain.
Semangat Nasionalisme
Pada era 1920-an dan 1930-an, ramai  penduduk Tanah Melayu mula mendapat pendidikan, sama ada dari Timur  Tengah atau pendidikan tempatan. Hasilnya, Rahman telah memberi sinar  Melayu mentadbir sendiri negaranya” muncullah golongan berpendidikan  yang mula memperjuangkan semangat nasionalisme. Mereka menggunakan media  seperti akhbar dan majalah untuk menyebarkan ideologi masing-masing.  Ada dalam kalangan mereka telah membentuk persatuan seperti Kesatuan  Melayu Muda (KMM) dan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang bermatlamat  mengusir penjajah dan membentuk kerajaan sendiri.
Ketika rakyat negara ini begitu  bersemangat untuk menamatkan penjajahan, mereka dikejutkan dengan  pendaratan Jepun pada penghujung tahun 1941 yang menandakan bermulanya  satu lagi era penjajahan di Tanah Melayu. Jepun telah menduduki Tanah  Melayu sehingga tahun 1945 sebelum menyerah kalah ekoran pengeboman  Hiroshima dan Nagasaki.
Pengunduran Jepun telah memberi ruang  kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menguasai Tanah Melayu. PKM  telah bertindak ganas dengan membunuh dan memusnahkan harta benda awam  dengan sewenangnya sehingga memaksa British mengisytiharkan darurat di  Tanah Melayu (1948-1960).
Keganasan PKM tidak berjaya menakluki  Tanah Melayu dan British kembali berkuasa. Sekembalinya British selepas  pendudukan Jepun, mereka cuba memperkenalkan Malayan Union. Pengenalan  ini telah mendapat tentangan yang hebat dan menyeluruh daripada penduduk  tempatan. Pada 11 Mei 1946, penubuhan UMNO telah menyemarakkan lagi  penentangan tersebut dan seterusnya menyemai bibit-bibit perjuangan ke  arah berkerajaan sendiri.
Tanggal 31 Ogos 1957 Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya
Kemerdekaan Tanah Melayu
Kemunculan Tunku Abdul Rahman telah  memberi sinar harapan kepada perjuangan penduduk Tanah Melayu ketika itu  apabila tindakannya membentuk Parti Perikatan mula membuka mata British  untuk membenarkan pendudukan Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya.  Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah  menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani pada 8  Februari 1956 telah memberi petanda bahawa Tanah Melayu akan merdeka  pada 31 Ogos 1957.
Setelah kemerdekaan dicapai, timbul pula masalah berhubung dengan penubuhan Malaysia yang menggabungkan Sabah, Sarawak dan Singapura. Penentangan terhadap penyatuan ini datang daripada Parti Rakyat Brunei, Indonesia dan Filipina. Walau bagaimanapun hasrat untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA tercapai pada 13 September 1963.
Setelah kemerdekaan dicapai, timbul pula masalah berhubung dengan penubuhan Malaysia yang menggabungkan Sabah, Sarawak dan Singapura. Penentangan terhadap penyatuan ini datang daripada Parti Rakyat Brunei, Indonesia dan Filipina. Walau bagaimanapun hasrat untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA tercapai pada 13 September 1963.
Sumber: http://pmr.penerangan.gov.my
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan